Anda di sini

Masjid dan surau Tuaran terima sumbangan daripada SEDIA

Advertisement
 Hajiji menyampaikan sumbangan kepada salah satu wakil daripada jawatankuasa masjid.
SERAH: Hajiji menyampaikan sumbangan kepada salah satu wakil daripada jawatankuasa masjid.

TUARAN: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di daerah ini sempena dengan Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di sini, semalam.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi SEDIA, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA Datuk Seri Panglima Hashim Paijan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim dan ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai serta ADUN Pantai, Dalit Datuk Jasnih Daya.
 

  • oleh
  • Advertisement