Anda di sini

Kainmewah dan Emadira beri sumbangan anak yatim, asnaf di pantai timur

Advertisement
 Dinie bergambar bersama warga Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Amal Selawat Nabi dan Al Yakin, Sandakan.
KENANGAN: Dinie bergambar bersama warga Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Amal Selawat Nabi dan Al Yakin, Sandakan.
 Kanak-kanak gembira menerima pakaian raya daripada Emadira.
GEMBIRA: Kanak-kanak gembira menerima pakaian raya daripada Emadira.
 Dinie merakamkan gambar bersama warga Rumah Anak Yatim dan Asnaf Madrasah Mahabbah, Lahad Datu.
RIANG: Dinie merakamkan gambar bersama warga Rumah Anak Yatim dan Asnaf Madrasah Mahabbah, Lahad Datu.
 Dinie menyampaikan sumbangan duit raya kepada wakil pengurusan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Ar Raudhoh, Tawau.
SUMBANGAN: Dinie menyampaikan sumbangan duit raya kepada wakil pengurusan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Ar Raudhoh, Tawau.

KOTA KINABALU: Kainmewah dan Emadira meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) memberi sumbangan menerusi Program Infaq Kasih Ramadan 2024 di pantai timur Sabah.

Pengarah Urusan Kainmewah dan Emadira Ibrahim M.E Sikkandar berkata, sumbangan kebajikan kepada rumah anak yatim dan asnaf kali ini disampaikan kepada keseluruhan 159 golongan terbabit.

“Bagi program CSR di pantai timur kita menyampaikan sumbangan kepada 77 penerima di dua kawasan di Sandakan masing-masing 63 pelajar di Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Amal Selawat Nabi dan 14 pelajar di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Al Yakin.

“60 pelajar pula menerima sumbangan di Lahad Datu iaitu Rumah Anak Yatim dan Asnaf Madrasah Mahabbah.

“Bagi program sama, Kainmewah dan Emadira juga menyampaikan sumbangan kepada 22 pelajar di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Ar Raudhoh, Tawau,” katanya.

Hadir semasa menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Urusan Kainmewah dan Emadira Dinie Farid Ibrahim.

Sebelum ini, Ibrahim berkata, Kainmewah dan Emadira menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 12 pertubuhan kebajikan seluruh Sabah termasuk rumah anak yatim dan asnaf serta pertubuhan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan syarikat yang diasaskan sejak tahun 1980.

Katanya, antara pertubuhan yang menerima sumbangan ialah Rumah Anak Yatim dan Asnaf Baitul Hidayah Kudat, Rumah Bakti Harapan Inanam, Rumah Anak Kesayangan Sembulan, Persatuan dan Perkhidmatan Cheshire Likas.

Tambahnya, turut menerima sumbangan ialah Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah Lok Kawi, Rumah Anak Yatim dan Asnaf Darul Bakti Kota Belud, Rumah Anak Yatim dan Asnaf Nur Taqwa Kota Belud, Rumah Anak Yatim dan Asnaf Putera Harapan Ranau.

Menurutnya, penyerahan sumbangan dilaksanakan secara berperingkat bermula 18 Mac lalu meliputi barangan pasang siap yang ditaja daripada Kainmewah dan Emadira untuk Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, turut disampaikan kepada penerima ialah sumbangan bakul makanan serta barangan dapur iaitu beras, gula, minyak masak, dan lain-lain makanan harian.

“Setiap pertubuhan turut menerima baju raya daripada Kainmewah dan Emadira serta sedikit sumbangan wang tunai kepada setiap pelajar dan juga kakitangan setiap pertubuhan bagi persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. 

“Saya juga berbesar hati dapat berkongsi keceriaan bersama mereka dan berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada warga pertubuhan anak-anak yatim dan OKU,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement