Anda di sini

Chew hargai kerjasama bersihkan tanah perkuburan

Advertisement
 Chew (dua kanan) ketika meninjau kerja-kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan itu.
TINJAU: Chew (dua kanan) ketika meninjau kerja-kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan itu.

SANDAKAN: Gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Heng Onn di sini berjaya dilaksanakan dengan sokongan pelbagai pihak.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, usaha itu penting dilaksanakan sempena upacara 'Ching Ming' yang bakal menjelang.

"Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat sama dalam gotong-royong ini.

"Baru-baru ini, pasukan Sukarelawan Unit PPM Karamunting yang diketuai Ming Soon telah melaksanakan tugasan itu, ia kemudian diteruskan oleh pasukan Sukarelawan Chin Nyuk Sun," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 Ricky (kiri) ketika meninjau kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan.
SELESAI: Ricky (kiri) ketika meninjau kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan.

Sementara itu, Pemaju Mukim UPPM Karamunting Ricky Voon baru-baru ini telah menerima aduan mengenai jalan rosak di hadapan Kedai Runcit IP, Jalan Cecily.

Berikutan aduan itu, pihak berwajib telah turun untuk segera menyelesaikan masalah itu.

  • oleh
  • Advertisement