Anda di sini

Warga emas didenda RM700 kerana bantu urus, sedia tempat judi haram

Advertisement
 

KUCHING: Seorang warga emas didenda RM700 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membantu mengurus dan menyediakan tempat untuk sesi perjudian haram.

Sim Mui Kim, 66, mengaku bersalah di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi selepas dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) Akta yang sama.

Sim melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Victore di sini pada 3.40 petang pada 14 Januari 2024.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis menyerbu rumah itu dan menahan 11 lelaki termasuk Sim, dan tujuh wanita yang bermain mahjong di tempat kejadian.

Barangan seperti jubin mahjong, dadu dan banyak lagi turut dirampas.

Siasatan mendapati Sim telah membantu dalam mengurus dan menyediakan tempat untuk sesi perjudian.

Di mahkamah sama, seramai 17 individu masing-masing didenda RM800 jika ingkar penjara sebulan kerana menyertai sesi mahjong haram.

Mereka individu itu masing-masing didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kes didakwa oleh Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Advertisement