Anda di sini

TBS serah bantuan RM53,154 untuk 54 penerima di Lawas 

Advertisement
Nor Nadiah (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf di Lawas.
Nor Nadiah (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf di Lawas.

LAWAS: Sejumlah RM53,154 bantuan kewangan diserahkan kepada 54 penerima asnaf di bawah jagaan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) pada Majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf di Lawas.

Bantuan itu diserahkan oleh Timbalan Ketua TBS Bahagian Limbang Nor Nadiah Abas.

Bantuan ini bertujuan bagi meringankan bebanan semasa bulan Ramadan dan sebagai persediaan untuk menyambut Syawal yang bakal tiba.

Menurut kenyataan TBS, pihaknya telah mengagihkan sejumlah RM16.32 juta kepada asnaf yang layak di negeri ini setakat 29 Februari ini.

Katanya, bantuan itu diagihkan melalui empat program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah.

Advertisement