Anda di sini

Kampung Lemanak anjur Pertandingan Lombak Colop Malam 7 Likur,  6-7 April

Advertisement
Pertandingan Lomba Colop Aidilfitri anjuran JKKK Kampung Lemanak, Sri Aman pada 6 dan 7 April depan.
Pertandingan Lomba Colop Aidilfitri anjuran JKKK Kampung Lemanak, Sri Aman pada 6 dan 7 April depan.

SRI AMAN: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lemanak di sini akan menganjurkan Pertandingan Lombak Colop Malam 7 Likur pada 6 dan 7 April ini.

Ketua Kampung Jamali Hamden berkata, pertandingan tahun ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Ketua Kampung Jamali Hamden.

Menurutnya, pertandingan akan menyaksikan tiga kategori iaitu  12 Tahun Ke Bawah, 13-20 Tahun dan 21 Tahun Ke Atas.

Katanya, yuran penyertaan RM5 untuk kategori 12 Tahun Ke Bawah, manakala RM10 masing-masing untuk kategori 13-20 Tahun dan 21 Tahun Ke Atas.

Tambahnya lagi, johan untuk ketiga-tiga kategori ini akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100, naib johan RM70 dan tempat ketiga RM50, selain pingat dan hamper.

Dalam pada itu katanya, peserta bagi kategori bawah 12 tahun perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu sebelum mengikuti pertandingan dan borang tersebut perlu dikembalikan kepada urusetia untuk pengesahan lanjut.

Jelasnya lagi, borang boleh didapati bermula kelmarin daripada beliau yang boleh dihubungi di talian 016-5795682.

“Sesi taklimat dan cabutan undi akan diadakan pada 5 April ini di perkarangan saya pada jam 3 petang.

“Harus diingatkan juga, tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 April ini, jam 3 petang,” katanya lagi.

Advertisement