Anda di sini

IPD dan PERKEP Limbang agih bubur lambuk

Advertisement
Parum dan isterinya Ann mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat di Limbang, pada Rabu.
Parum dan isterinya Ann mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat di Limbang, pada Rabu.

LIMBANG: Sebanyak 578 bungkus bubur lambuk diagihkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Limbang kepada masyarakat di daerah ini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, program itu diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan.

“Program ini kita laksanakan untuk menyemarakkan dan menyuburkan lagi budaya bantu membantu dan bersedekah, seterusnya berkongsi rezeki dengan masyarakat,” katanya kepada media.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi PERKEP IPD Limbang Ann Minah Giyang.

Parum optimis program yang diadakan secara tahunan itu dapat mengeratkan lagi jalinan silaturrahim  dalam kalangan warga IPD Limbang bersama dengan masyarakat setempat.

Katanya, melalui program itu juga ia dapat menepati slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Advertisement