Anda di sini

APM Kanowit musnahkan sarang sebesar bola sepak

Advertisement
Sarang serangga sebesar bola dimusnahkan di halaman rumah di Kampung Muhibbah, Kanowit pada Rabu.
Sarang serangga sebesar bola dimusnahkan di halaman rumah di Kampung Muhibbah, Kanowit pada Rabu.

KANOWIT: Kehadiran sarang serangga sebesar bola sepak pada dahan pokok bunga di halaman sebuah rumah di Lorong Dabai 1, Kampung Muhibbah di sini, pada Rabu dibimbangi mengancam keselamatan penghuni sekeliling.

Bimbang melihat sarang tersebut yang semakin besar, pemilik rumah bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kanowit untuk memusnahkan sarang serangga berkenaan.

Menurut jurucakap APM Kanowit, tiga anggota dikerah ke lokasi untuk khidmat memusnahkan sarang serangga sebaik menerima panggilan jam 8.22 malam.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota kami mendapati sarang serangga sebesar bola sepak di atas pokok bunga setinggi empat kaki di halaman rumah," ujarnya.

Katanya, kerja-kerja memusnahkan sarang serangga itu mengambil masa 10 minit.

"Sarang serangga itu kemudian berjaya dimusnahkan dengan teknik semburan sebelum dibakar," katanya.

Operasi tamat pada jam 8.45 malam.

Advertisement