Anda di sini

Ambil langkah segera atasi kesesakan di kawasan pembinaan jejambat: Pang

Advertisement
Pang (tengah) memperkatakan sesuatu mengenai pembinaan jejambat di kawasan Jalan Medan Jaya-Jalan Tun Hussein Onn Bintulu.
Pang (tengah) memperkatakan sesuatu mengenai pembinaan jejambat di kawasan Jalan Medan Jaya-Jalan Tun Hussein Onn Bintulu.

BINTULU: Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor digesa untuk melaksanakan beberapa tindakan dan langkah bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan pembinaan jejambat di Jalan Medan Jaya-Jalan Tun Hussein Onn dan Jambatan Bintulu-Jepak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, tindakan untuk mengurangkan kesesakan di kedua-dua tempat itu adalah untuk memastikan keselesaan, keselamatan serta lalu lintas lebih lancar untuk pengguna yang melalui laluan itu.

"Harapan kita adalah agar projek ini dapat diselesaikan dengan cepat tanpa mengorbankan kualitinya serta dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan pertemuan dengan JKR Bahagian Bintulu dan pihak kontraktor yang memberi taklimat mengenai perkembangan projek terbabit pada Rabu.

Pang berkata, beliau berpuas hati dengan perkembangan kedua-dua projek tersebut, namun kesesakan lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan yang melalui jalan di kedua-dua tapak tersebut juga perlu diberi perhatian serius. 

Taklimat itu dihadiri Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu Lau Pit Hwa serta pegawai-pegawai kanan JKR dan kontraktor.

  • oleh
  • Advertisement