Anda di sini

TH guna pakai pengkelasan sedia ada penetapan kos, tambang haji

Advertisement
Gambar fail BERNAMA
Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) kekal mengguna pakai pengkelasan berasaskan klasifikasi pendapatan bagi penetapan bayaran kos dan tambang menunaikan ibadah haji muassasah sehingga ada kaedah baharu diperkenalkan. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata dasar klasifikasi pendapatan jemaah haji mengikut kategori B40, M40 dan T20 ini adalah berasaskan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data kerajaan sedia ada seperti 2022 dan 2023.

“TH mengambil maklum usaha kerajaan telah membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) yang menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah dalam usaha untuk menyalurkan subsidi secara adil dan bersasar.

“Bagi tujuan keseragaman dan konsistensi dalam pelaksanaan bantuan oleh agensi kerajaan, TH akan mengguna pakai pengkelasan sedia ada sehinggalah ia diganti di peringkat nasional,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata bagi membantu bakal haji, kadar Bantuan Kewangan Haji ditetapkan bagi setiap jemaah haji adalah berdasarkan kategori pendapatan individu, bukannya berdasarkan pendapatan isi rumah.

Persidangan Dewan Negara disambung Isnin. - BERNAMA

Advertisement