Anda di sini

Rumah, bengkel, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran

Advertisement
 Keadaan kenderaan yang musnah dalam kebakaran ini.
MUSNAH: Keadaan kenderaan yang musnah dalam kebakaran ini.

RANAU: Sebuah rumah dan bengkel membaiki kenderaan musnah dalam kebakaran di hadapan simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Lohan 1, di sini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, kejadian jam 2.20 petang itu juga menyebabkan tujuh kenderaan yang dalam proses pembaikan terbakar.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.27 petang dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Wasli Saupin bersama lapan anggota untuk memadam kebakaran.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah dan bengkel persendirian, turut terlibat tujuh kenderaan.

"Pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran, dua pancutan dengan air dari jentera," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, rumah dan bengkel serta tujuh kenderaan musnah sepenuhnya.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini dan selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada 4.30 petang.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement