Anda di sini

Lori pasir langgar van penumpang di Filipina, 13 terbunuh

Advertisement
 


MANILA: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh di selatan Filipina kelmarin selepas perlanggaran antara sebuah lori yang membawa pasir dan sebuah van penumpang, menurut pihak berkuasa tempatan.

Nahas itu berlaku pada waktu tengah hari di jalan raya utama di perbandaran Antipas di wilayah Cotabato Utara di pulau kedua terbesar Mindanao.  

Tiga belas mayat ditemui di tempat kejadian, pegawai bomba Samuel Lumayon memberitahu AFP, namun memberikan amaran bahawa angka kematian mungkin meningkat selepas sejumlah orang yang cedera dikejarkan ke hospital.

Beberapa saksi melaporkan brek lori itu kelihatan mengalami masalah sebelum perlanggaran berlaku, kata pegawai bencana Mic Garfin. — AFP
 

Advertisement