Anda di sini

KEMAS agih 350 bungkus bubur lambuk di Lawas

Advertisement
Sutinah (kanan) menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada salah seorang kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lawas, semalam.
Sutinah (kanan) menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada salah seorang kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lawas, semalam.

SRI AMAN: Sebanyak 350 bungkus bubur lambuk telah berjaya disediakan dan diagihkan kepada kakitangan Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta penjawat awam persekutuan dan negeri di Lawas, petang semalam.

Program Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk Madani itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan KEMAS Daerah Lawas yang terdiri daripada kakitangan KEMAS beragama Islam. 

Pegawai Pegawai KEMAS Daerah Lawas Sutinah Ibrahim berkata program itu merupakan program tahunan yang dilaksanakan pada bulan Ramadan sejak tahun 2020.

“Dan tahun ini merupakan program kali ke-4 berjaya kita laksanakan dan mencapai objektif program,” ujarnya pada program berkenaan.

“Secara peribadi, saya amat berpuas hati dengan semangat gotong royong serta kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua kakitangan yang terlibat, dari menyediakan bahan, memasak hingga ke agihan bubur lambuk telah dilakukan dengan lancar. 

“Walaupun pada masa yang sama, mereka menjalani ibadah puasa, namun itu semua tidak menjadi halangan,” katanya lanjut.

Advertisement