Anda di sini

Bantuan tiket penerbangan 'one-off' wajar turut dinikmati golongan pekerja

Advertisement
VICTOR
VICTOR

TAMBUNAN: Bantuan subsidi tiket penerbangan yang diberikan secara 'one-off' kepada pelajar Sabah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negeri wajar turut dimanfaatkan kepada rakyat yang bekerja di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tambunan, Dato Victor P. Paut mencadangkan perkara itu sambil menyambut baik keprihatinan kerajaan negeri atas pemberian subisidi itu.

Sambil menzahirkan penghargaan kepada keputusan dibuat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Victor berkata, ia amat bertepatan dengan keperluan golongan mahasiswa daripada negeri ini dan Labuan yang majoritinya datang dari keluarga kurang berkemampuan. 

"Di Tambunan sendiri terkesan dengan keluhan para pelajar IPT yang tidak mampu pulang ke kampung halaman, terutamanya musim perayaan. 

"Pengumuman yang dibuat Hajiji merupakan berita baik kepada anak-anak Sabah yang kebanyakkannya memerlukan bantuan seumpama ini. 

"Pada masa sama, saya mencadangkan agar bantuan seumpamanya dapat dipanjangkan kepada rakyat Sabah, khususnya golongan B40 yang berkerja di Semenanjung untuk balik ke Sabah pada musim perayaan ini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau faham mengenai kesusahan yang dialami rakyat Sabah yang terpaksa bekerja di luar Sabah demi kelangsungan hidup.

"Golongan inilah yang amat terkesan dan majoriti memerlukan bantuan seperti subisidi tiket penerbangan 'one-off," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement