Anda di sini

100 hektar tanah gambut terbakar di Miri

Advertisement

JPBB Miri guna pesawat untuk memadam api dengan bom air dari udara ke kawasan sukar didatangi

Sebuah pesawat Bombardier melakukan pengeboman air di kawasan yang tidak dapat diakses melalui jalan darat. 
Sebuah pesawat Bombardier melakukan pengeboman air di kawasan yang tidak dapat diakses melalui jalan darat. 

MIRI: Kebakaran hutan dan belukar khususnya di tanah gambut di sini sudah merebak seluas 100 hektar. 

Justeru bagi mengawal situasi dan mengelak kebakaran menjadi lebih buruk, maka Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri mengambil langkah menggunakan pesawat untuk memadam api dengan bom air dari udara ke kawasan yang sukar didatangi.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin selaku menteri bertanggungjawab terhadap JPBB Miri, dalam kenyataan petang tadi, memberitahu bahawa pengaturan telah dibuat untuk menggunakan pesawat Bombardier daripada APMM untuk melakukan pengeboman air di kawasan yang tidak dapat dilalui disebabkan jalan raya terjejas oleh kebakaran.

"Manakala Bomba Miri akan menggunakan helikopter bomba untuk melakukan pengeboman air di lokasi yang tidak dapat diakses. 

“Menurut Ketua Bomba Negeri Datu Khirudin Drahman, kumpulan Bombardier dijangka tiba petang esok untuk melakukan pengeboman air bagi memadamkan kebakaran di kawasan yang tidak dapat diakses melalui darat," jelas Lee. 

"Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga turut mengerahkan satu jengkaut hari ini bagi membantu memadam kebakaran.

"Pemilik tanah yang berkenaan turut bekerjasama dengan pasukan bomba dengan mesin jengkaut untuk menggali longkang untuk melakukan pemadaman kebakaran dan mengepam air dari kolam air berhampiran untuk membanjiri kawasan mereka bagi memadamkan kebakaran dan untuk mengelakkan api merebak.

"Langkah-langkah rondaan dan penguatkuasaan perlu dikendalikan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta agensi penguatkuasaan lain," tambahnya. 

Lee memberitahu, beliau juga sudah bercakap dengan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JBNS) melalui telefon pagi tadi dan memaklumkan kepadanya tentang langkah-langkah yang telah diambil setakat ini. 

"Saya juga telah menghantar laporan harian kepadanya dan beliau secara peribadi akan melakukan lawatan kerja ke Miri pada Khamis ini, 28 Mac untuk mengambil langkah selanjutnya jika perlu," ujar Lee. 

Sementara itu, beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk segera melaporkan kepada bomba sekiranya mereka terjumpa sebarang kebakaran. 

Orang ramai juga harus melaporkan kepada NREB, JAS atau polis jika mereka terserempak dengan orang yang melakukan pembakaran terbuka atau mereka yang melakukan pembakaran haram di atas tanah milik kerajaan untuk bertani. 

Kerjasama rakyat adalah perlu untuk mengawal situasi daripada menjadi lebih buruk berlaku di Miri, katanya. 

Lee menambah, setakat ini hanya kawasan Senadin, Universiti Curtin masih terdapat sedikit asap di bekas kebakaran. 

Manakala kawasan kebakaran di Permyjaya, drone thermal diterbangkan untuk mengesan ‘kepala api’ kerana api sedang marak di kawasan tersebut. 

Pasukan pemantau (dron) telah memberi peta kedudukan kepala api dan cadangan pemecah api atau ‘fire breakers’ kepada pasukan pemadaman untuk perancangan pemadaman yang berkesan, termasuk melakukan pembanjiran di kawasan berkenaan. 

"Jumlah keseluruhan kawasan yang terjejas adalah 87.9 hektar dan dalam dua hari ini, angin bertiup ke arah pedalaman dan ke selatan, menyebabkan kesan (berjerebu) ke atas penduduk di kawasan Permyjaya, Desa Indah 3 agak berkurangan.

"Keadaan cuaca sangat panas dan paras air di kawasan gambut sangat rendah. İni juga menyebabkan kawasan gambut sangat mudah terbakar sekiranya ada punca api," ujar Lee. 

Bombardier yang menggunakan helikapter Mi17 melakukan 10 pusingan pengeboman air dengan 1,600 liter air setiap sekali pengeboman (trip). 

  • oleh
  • Advertisement