Anda di sini

Bank Rakyat sumbang pek juadah berbuka puasa kepada kakitangan Utusan Borneo

Advertisement
Bujang (tiga kanan) menerima pek juadah berbuka puasa daripada Ariff Iskandar. Turut kelihatan (dari kanan) Halmi, Sharvina (dua kiri) dan Yvonne.
Bujang (tiga kanan) menerima pek juadah berbuka puasa daripada Ariff Iskandar. Turut kelihatan (dari kanan) Halmi, Sharvina (dua kiri) dan Yvonne.

KUCHING: Bank Rakyat menyampaikan sumbangan dalam bentuk pek juadah berbuka puasa kepada kakitangan Utusan Borneo di sini, hari ini.

Pek juadah berbuka puasa itu telah disampaikan secara simbolik oleh Pengurus Komunikasi Korporat Bank Rakyat Ariff Iskandar Shah Mohamad Aminudin kepada Editor Eksekutif Utusan Borneo Bujang Abdul Manan.

Pek juadah berbuka puasa turut diberikan kepada kakitangan The Borneo Post.

Pemberian sumbangan pek juadah berbuka puasa kepada organisasi media merupakan salah satu aktiviti tahunan Bank Rakyat di bawah program tanggungjawab sosial korporatnya semasa Ramadan.

Hadir sama Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Samarahan Halmi Mosli, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Matang Jaya Sharvina Sarbini dan Editor Meja Ekonomi The Borneo Post Yvonne Tuah.

Advertisement