Anda di sini

SFI berpotensi besar sebagai pengeluar kertas taraf dunia

Advertisement
 (Gambar atas) Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berucap di Sipitang, Turut bersama Setiausaha Parti Datuk Lorreto, Ketua Wira Terrence Au, Ketua Wanita Norfaizah Chua, Isteri Presiden Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib, Ketua Bahagian Abdul Aziz Taib, YB Datuk Jaujan Sambakong dan lain. Gambar bawah para Ahli parti WARISAN hadir berbuka puasa bersama Presiden mereka.
AMANAT: (Gambar atas) Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berucap di Sipitang, Turut bersama Setiausaha Parti Datuk Lorreto, Ketua Wira Terrence Au, Ketua Wanita Norfaizah Chua, Isteri Presiden Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib, Ketua Bahagian Abdul Aziz Taib, YB Datuk Jaujan Sambakong dan lain. Gambar bawah para Ahli parti WARISAN hadir berbuka puasa bersama Presiden mereka.

SIPITANG: Sabah Forest Industri (SFI) yang terletak di sini berpotensi menjadi pengeluar kertas bertaraf antarabangsa sekiranya industri itu diperkasakan.

Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pokok akasia ditanam dengan baik di kawasan ini dan secara besar-besaran.

"Sewaktu kita kerajaan dulu, saya tahu ini adalah potensi besar kepada Sabah untuk menghasilkan kertas atau tisu yang bertaraf dunia.

"Kita sudah mempunyai pasaran sedia ada seperti di China...pada ketika itu saya melawat ke Shenzhen dan hanya tinggal untuk meterai tandatangan," katanya ketika ditemui pada Program Jelajah Ramadan Parti WARISAN di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu menjelaskan usaha kerajaan WARISAN pada ketika itu berusaha untuk memastikan SFI dibangunkan dan para pekerjanya terjaga, selain mewujudkan peluang pekerjaan.

Katanya, Sipitang mempunyai bahan mentah (akasia) yang terbesar di rantau Asia dan adalah merugikan sekiranya Sabah tidak menjadi pengeluar kertas.

"Pada hari ini malangnya, kilang berkenaan tidak berjalan...sekiranya kita berjaya memerintah Sabah nanti, kita akan pastikan untuk meneruskan usaha berkenaan dan kita memperkasakannya.

"Pasaran kertas ini cukup besar dan sudah sedia ada, permintaan terhadap pengeluaran kertas sangat besar. Walaupun pasaran China besar tetapi ia masih tidak mencukupi," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, jelajah yang dilakukan adalah untuk bersama-sama masyarakat Islam dan bukan Islam meraikan bulan Ramadan.

Katanya, bantuan juga disampaikan kepada golongan asnaf dengan harapan ia mampu meringankan beban mereka.

"Jelajah ini akan diteruskan di Kimanis dan Papar," katanya.

Advertisement