Anda di sini

Pihak berwajib dipohon segera selesaikan aduan rakyat

Advertisement
 Kelihatan Syed Putra ketika melakukan tinjauan ke lokasi aduan.
TINJAU: Kelihatan Syed Putra ketika melakukan tinjauan ke lokasi aduan.

SANDAKAN: Pihak berwajib perlu segera menyelesaikan aduan rakyat demi manfaat bersama.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, beliau sering menerima aduan daripada penduduk kawasan berkenaan mengenai pelbagai masalah yang dihadapi.

Katanya, ada aduan yang disampaikan telah diambil tindakan positif, tetapi terdapat juga masalah yang diutarakan sehingga kini belum mendapat maklum balas positif.

"Baru-baru ini, saya menerima aduan bahawa di Blok B, Lot 4B Bandar Leila Jalan Leila mempunyai masalah lurang kumbahan (manhole) yang tersumbat.

"Sisa daripada kumbahan terkeluar dan mencemarkan kawasan kaki lima sehingga mengeluarkan bau busuk," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Selain itu katanya, setelah tinjauan dilakukan Pemaju Mukim Syed Putra Ar-rahim, penutup manhole berkenaan telah pecah dan satu pintu rumah sampah juga rosak serta perlu diganti.

Katanya, satu laporan bertulis telah disampaikan kepada pihak-pihak berwajib bagi tindakan susulan.

  • oleh
  • Advertisement