Anda di sini

MUTIARA GRS teruskan program amal, beri banyak manfaat kepada rakyat

Advertisement
 Juliah beramah mesra bersama ahli MUTIARA GRS sempena Mesyuarat Agung Tahunan MUTIARA GRS Ke-3, di Rumah MUTIARA GRS di sini.
MESRA: Juliah beramah mesra bersama ahli MUTIARA GRS sempena Mesyuarat Agung Tahunan MUTIARA GRS Ke-3, di Rumah MUTIARA GRS di sini.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan

Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) diminta meneruskan program amal dan

kemasyarakatan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat terutama dari segi sosial, ekonomi dan kesihatan tahun ini.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Panglima

Datuk Juliah Salag berkata, kejayaan program yang dilaksanakan MUTIARA GRS sepanjang lebih dua tahun ini sangat dibanggakan.

Katanya, kejayaan itu hasil kerjasama semua ahli MUTIARA GRS.

“Saya percaya kita boleh melakukan lebih baik jika terus bersatu untuk mencapai semua perancangan dan saya harapkan kerjasama ini dapat diteruskan bagi menepati matlamat penubuhan MUTIARA GRS yang murni.

“Seperti tahun sebelum ini, MUTIARA GRS mengadakan kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) lain bagi melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat kepada rakyat, khususnya wanita.

“Saya berharap kerjasama dengan organisasi atau persatuan harus dipertingkatkan bagi meluaskan lagi capaian matlamat MUTIARA GRS,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MUTIARA GRS Ketiga 2023 di Rumah MUTIARA GRS di sini.

Pada masa sama, beliau menggesa semua ahli MUTIARA GRS untuk meningkatkan lagi aktiviti dan bantuan di peringkat akar umbi yang boleh memberikan manfaat kepada golongan memerlukan.

“Saya percaya melalui usaha turun padang, ahli MUTIARA GRS dapat menyelami

sendiri kehidupan rakyat di kampung khususnya di luar bandar dan pedalaman, termasuk mengetahui masalah yang dihadapi.

“Ini penting kerana kerajaan GRS akan mengadakan pilihan raya pada tahun hadapan, kita perlu merancakkan lagi aktiviti bagi melengkapkan usaha suami kita

dalam membantu rakyat di kawasan masing-masing. 

“Gunakan rangkaian penyokong

kita sepenuhnya untuk membantu seramai mungkin orang yang memerlukan bantuan,”

katanya.

Sementara itu, Juliah juga menggesa semua ahli-ahli MUTIARA GRS meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran terutama berkaitan teknologi maklumat.

“Sebagai wanita, ibu atau suri rumah, ia bukan penghalang untuk kita terus menuntut

ilmu, keluar dari ruang selesa untuk perkembangan minda serta manfaat kepada diri

sendiri,” katanya.

Advertisement