Anda di sini

Tang Tong Seng juara Kumpulan A Pingat Bulanan Mac 2024 SGC 

Advertisement
Pemenang bagi kategori masing-masing merakamkan gambar kenangan.
Pemenang bagi kategori masing-masing merakamkan gambar kenangan.

SIBU: Ahli perniagaan Tang Tong Seng muncul juara Kumpulan A Pingat Bulanan Mac 2024 Kelab Golf Sibu (SGC).

Tempat kedua dimenangi Ferdinand Siaw manakala Chew Ching Hock memenangi tempat ketiga.

Bagi peringkat kumpulan B, tempat pertama dimenangi Chieng Puong Ching diikuti Sia Chew Siong di tempat kedua dan Daniel Ding di tempat ketiga.

Kategori senior pula menyaksikan Wong Chiew Kong dinobatkan sebagai juara manakala Ting Heng Chiu dan Ting Siong Ming masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Acara bulanan itu ditaja oleh LicentoKiL Group, sebuah syarikat Sarawak yang beribu pejabat di Sibu.

Pengarah Eksekutif LicentoKiL Group Tony Kiew Swee Leong telah menyuarakan sokongannya terhadap sukan golf, sambil menekankan kepentingan untuk menyokong dan memupuk minat terhadap golf sebagai hobi rekreasi yang sihat. 

Beliau turut memuji Sibu kerana memiliki kemudahan golf baik serta padang yang sentiasa diselenggara.

Mengimbau kenangan peribadinya dengan sukan tersebut, Kiew memberitahu beliau menyertai Kelab Golf Sibu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Katanya, walaupun dia bukan seorang pemain golf yang aktif, beliau gembira untuk turut serta apabila mempunyai masa terluang.

Sementara itu, kejohanan yang diadakan pada Ahad lalu tersebut menyaksikan penyertaan lebih kurang 60 pemain.
 

  • oleh
  • Advertisement