Anda di sini

Syarikat korporat diminta contohi KTCB laksana CSR

Advertisement
 Masiung ketika menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.
SUMBANGAN: Masiung ketika menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

KINABATANGAN: Syarikat korporat di negeri ini diminta mencontohi Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTCB) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bantu golongan memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, KTCB sudah menunjukkan bahawa syarikatnya sangat prihatin dengan rakyat di negeri ini.

“Usaha yang dilakukan oleh syarikat korporat milik Datuk Dexter Lau ini dapat dilihat sebagai salah satu dari komitmen ke arah mendekatkan lagi hubungan mereka dengan masyarakat umum.

“Di Sabah mempunyai syarikat-syarikat besar dengan berbagai industri terutamanya ladang kelapa sawit yang boleh menyumbang kepada rakyat memerlukan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) berkata demikian ketika merasmikan Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama KTCB dan UPPM Sabah di sini, pada Selasa.

Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Sabah di Kinabatangan adalah yang keenam selepas dilaksanakan di Parlimen Kalabakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

Sepanjang siri jelajah ini, KTCB turut mengadakan Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf melibatkan seramai 50 orang anak-anak yatim dan golongan Asnaf.

Program ini juga akan berlangsung di Sandakan, Penampang, Putatan dan Beaufort yang dikendalikan secara bersama dengan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah diketuai Datuk Redonah Bahanda.

  • oleh
  • Advertisement