Anda di sini

Lelaki OKU melecur ketika selamatkan diri dalam kebakaran rumah

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di kediaman mangsa.
TERBAKAR: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di kediaman mangsa.

TUARAN: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) melecur di bahagian leher dan siku ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumah didiaminya terbakar di sehuah taman perumahan di Tamparuli di sini.

Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Nor Amit berkata, kejadian jam 12.31 tengah malam itu membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 12'X18' kaki persegi.

Katanya, 13 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bersama jentera pemadam serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hose reel jentera dan sumber air diperoleh daripada tangki jentera. 

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.04 pagi dan terdapat seorang mangsa OKU lelaki mengalami kecederaan melecur di bahagian leher dan siku.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, operasi keseluruhan ditamatkan jam 2.03 pagi.

  • oleh
  • Advertisement