Anda di sini

Lelaki hilang ketika memukat ditemukan lemas

Advertisement
 Mayat mangsa terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
LEMAS: Mayat mangsa terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SANDAKAN: Seorang lelaki yang hilang selepas keluar memukat di laut Kampung Tinusa 2, Jambatan 6, di sini, Jumaat ditemukan lemas, pagi tadi.

Mangsa Mohd Rajik Lirinu, 35, ditemukan antara perairan Pulau Libaran dan Tanjung Pisau oleh orang awam jam 9.15 pagi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, operasi Mencari dan menyelamat (SAR) h diteruskan semalam.

“Operasi SAR turut dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa kemudian ditemukan oleh nelayan di antara perairan Pulau Libaran dan Tanjung Pisau,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diambil oleh pasukan Maritim Malaysia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, mangsa dikatakan keluar memukat di laut Kampung Tinusa 2, Jambatan 6, kira-kira 7 petang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun mangsa tidak pulang dan hanya bot dinaikinya ditemukan hampir karam oleh kakitangan Taman-Taman Sabah ketika membuat rondaan.

  • oleh
  • Advertisement