Anda di sini

450 tetamu hadiri majlis berbuka puasa di DUN Sarawak

Advertisement
Abang Johari bersama pemimpin lain pada majlis tersebut. – Gambar Penerangan
Abang Johari bersama pemimpin lain pada majlis tersebut. – Gambar Penerangan

KUCHING: Kira-kira 450 tetamu menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak malam tadi yang bertujuan mengeratkan silaturahim antara barisan pemimpin bersama masyarakat.

Majlis dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal serta Timbalan-timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Selepas berbuka puasa, Abang Johari turut berkesempatan menunaikan solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih yang diimamkan oleh Imam Besar Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Hadir sama, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat. 

Advertisement