Anda di sini

Kelab Futsal Top Eight Bintulu mengadakan Majlis Berbuka Puasa

Advertisement
Ahli jawatankuasa Kelab Top Eight Bintulu merakam gambar bersama Pang (tengah) dan Angelie (kiri).
Ahli jawatankuasa Kelab Top Eight Bintulu merakam gambar bersama Pang (tengah) dan Angelie (kiri).

BINTULU: Kelab Futsal Top Eight Bintulu telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama ahli-ahli jawatankuasa baharu kelab itu di sebuah restoran di sini petang semalam.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, Setiausaha Politik Premier Sarawak Angelie Stephen Raja, kakitangan Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu serta ahli-ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu.

Pang berkata, beliau berpeluang menghadiri program majlis berbuka puasa bersama dengan Kelab Futsal Top Eight Bintulu dan berkongsi menikmati juadah makanan sambil berbual mesra dengan ahli-ahli kelab terbabit. 

"Saya mengucapkan tahniah atas pelantikan ahli-ahli jawatankuasa baharu kelab terbabit dan berharap kita dapat menjalinkan kerjasama baik memajukan aktiviti kelab dan sukan futsal di bahagian ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Futsal Top Eight Bintulu Halimah Musa berterima kasih kepada Pang yang sudi meluangkan masa bersama semua ahli jawatankuasa induk kelab itu untuk berbuka puasa serta bertukar-tukar pandangan.

"Nasihat dan amanat penting yang diberikan dalam pergerakan kelab amat kita hargai dan hormati," katanya sambil gembira dengan pelantikan ahli jawatankuasa baharu kelab tersebut serta berharap akan dapat saling bekerjasama.
 

  • oleh
  • Advertisement