Anda di sini

Warga emas tidak pulang rumah ditemukan meninggal dunia di hutan

Advertisement
 Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
MAUT: Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

BEAUFORT: Seorang warga emas wanita yang tidak pulang ke rumah sejak Khamis lalu ditemukan meninggal dunia di hutan Kampung Binunuk di sini.

Mangsa berumur 74 tahun itu ditemukan pada jarak 1.7 kilometer dari bahagian belakang rumahnya pada jam 2.52 petang iaitu sehari selepas mangsa disedari hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Penolong Penguasa Bomba Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, panggilan kecemasan berkenaan kehilangan mangsa diperoleh daripada pihak PDRM pada jam 10 pagi.

Katanya, sepasukan anggota serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) segera ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Berdasarkan maklumat pengadu, mangsa keluar ke kebun kira-kira jam 9.30 pagi pada 14 Mac dan mangsa disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah sehingga petang.

“Operasi dijalankan bersama PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan dibantu oleh penduduk kampung lain di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berjaya temukan oleh agensi penyelamat pada kedudukak 1.7 kilometer dari belakang rumah mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut. 

“Operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 3 petang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement