Anda di sini

Umat Islam perlu hayati kelebihan bulan Ramadan: Shafie

Advertisement
 Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf. Turut sama Naib Presiden WARISAN Datuk Jaujan Sambakong (dua kiri) dan ADUN Bugaya, Jamil Hamzah (tiga kiri).
SUMBANGAN: Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf. Turut sama Naib Presiden WARISAN Datuk Jaujan Sambakong (dua kiri) dan ADUN Bugaya, Jamil Hamzah (tiga kiri).

SEMPORNA: Umat Islam di negeri ini diminta supaya mengamati hikmah sebenar ibadah bulan Ramadan kerana banyak kelebihan yang diperolehi sekiranya dilakukan dengan betul dan ikhlas.

Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, bulan Ramadan adalah perintah yang wajib bagi setiap umat Islam dan ia perlu dihayati dengan sebaiknya.

Selain itu, katanya, dalam bulan Ramadan ini juga sangat ditekankan supaya sentiasa menjaga kesihatan dan pemakanan, disamping mengurangkan sikap pembaziran.

“Banyak amalan yang perlu dilakukan sempena bulan Ramadan ini selain berpuasa termasuklah melaksanakan solat tarawih dan membayar zakat.

“Solat tawarih dilakukan setiap malam supaya umat Islam dapat bergerak dengan lebih banyak seperti melakukan senaman dan ia juga dapat menjadikan tubuh badan kita lebih sihat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Iftar Ramadan peringkat Parlimen Semporna, di sini hari ini.

Menurutnya, ibadah puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi lebih signifikan harus menjaga hawa nafsu.

“Dalam bukan Ramadan ditekankan supaya menahan hawa nafsu supaya kita dapat berjimat cermat dan tidak terlalu membazir,” katanya.

Mengulas mengenai majlis ini, Shafie berkata, Iftar Ramadan bertujuan supaya pemimpin WARISAN dapat bersama-sama dengan penduduk di daerah ini berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih.

“Kita juga memberikan bantuan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di daerah ini bagi mengurangkan dan meringankan bebanan yang mereka tanggung.

“Hampir 1,000 penduduk yang kurang berkemampuan di daerah ini dapat dibantu sempena bulan Ramadan tahun ini.

“Saya akan meneruskan majlis serupa ke daerah Lahad Datu, Tawau, Labuan, Sipitang, Papar dan beberapa lagi tempat sempena bulan Ramadan kali ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement