Anda di sini

Sagah, Harden lawat projek siap di bawah pakej sekolah daif di SK Nanga Klassen

Advertisement
Sagah (tengah), Harden (kanan) semasa melakukan tinjauan ke atas projek siap di bawah pakej sekolah daif di SK Nanga Klassen, Sri Aman pada Khamis.
Sagah (tengah), Harden (kanan) semasa melakukan tinjauan ke atas projek siap di bawah pakej sekolah daif di SK Nanga Klassen, Sri Aman pada Khamis.

SRI AMAN: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee bersama Timbalannya Datuk Francis Harden Hollis mengadakan lawatan ke atas projek siap di bawah pakej sekolah daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen di sini pada Khamis.

Sagah berkata, komponen projek yang telah dilaksanakan itu merangkumi blok kelas bertingkat, enam unit kuarters guru, satu unit asrama Lelaki, satu unit asrama perempuan dan dua rumah pam. 

"Projek tersebut telah siap dibina dan telah beroperasi sepenuhnya sebagai lonjakan prasarana sekolah untuk keselesaan warga pendidik dan murid- murid sekolah," ujarnya.

Sementara itu, Sagah dan Harden turut berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang untuk meninjau perkembangan serta status terkini pembinaan projek yang telah diluluskan kepada sekolah berkenaan sebelum ini. 

Terdahulu, taklimat tentang perkembangan projek berkenaan disampaikan oleh Mersir Sarap yang mewakili SMK Simanggang.  

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Charlie Keling, Pegawai Tadbir Sarawak Joshua Martin Jantan, pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman Kwang Law, Guru Besar SK Nanga Klassen Alfred Kendim, Penghulu Andar Suntai dan Penghulu Leonard Libau Anol.
 

  • oleh
  • Advertisement