Anda di sini

Kempen derma darah di Boulevard Miri Ahad ini

Advertisement
Ahli jawatankuasa penganjur Kempen Derma Darah 3.0 anjuran SUPP Cabang Krokop mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Miri Adam Yii, baru-baru ini.
Ahli jawatankuasa penganjur Kempen Derma Darah 3.0 anjuran SUPP Cabang Krokop mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Miri Adam Yii, baru-baru ini.



MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cabang Krokop akan mengadakan Kempen Derma Darah 3.0 pada Ahad ini di tingkat tiga Pusat Beli-Belah Boulevard, di sini. 

Bertemakan ‘Give Blood, Give Life’, acara yang dianjurkan bermula jam 9.30 pagi hingga 1 petang itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Miri dan Pusat Beli-Belah Boulevard. 

Pengerusi jawatankuasa penganjurnya Calvin Ling menyeru orang ramai untuk mengambil bahagian dalam kempen kali ini dalam usaha bagi mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin. 

“Dengan menderma darah, ia dapat memastikan Tabung Darah Hospital Miri mempunyai stok darah yang mencukupi untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Lebih ramai lagi yang datang pada program berkenaan, maka lebih banyak darah yang boleh didermakan agar menjadi kunci kepada kelangsungan hidup mereka yang sangat memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Ling berkata, pengorbanan penderma darah juga berperanan besar untuk memanjangkan umur orang lain, memberi mereka peluang untuk melawan penyakit dan mendapatkan semula kesihatan yang baik. 

Advertisement