Anda di sini

Umat Islam dinasihati hormati kesucian bulan Ramadan

Advertisement
Awang Tengah (dua kiri) menyerahkan sijil halal kepada salah seorang peniaga, hari ini dan turut kelihatan Misnu (kanan).
Awang Tengah (dua kiri) menyerahkan sijil halal kepada salah seorang peniaga, hari ini dan turut kelihatan Misnu (kanan).

LAWAS: Umat Islam di Sarawak dinasihatkan untuk menghormati kesucian bulan Ramadan yang disambut minggu depan dengan merebut segala ganjaran pahala dan tidak makan di tempat terbuka.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak Datuk Misnu Taha berkata, umat Islam perlu menjaga tingkah laku dan mengelak ditangkap kerana makan di tempat yang terbuka.

“Saya memohon kepada umat Islam di Sarawak khususnya hormatilah bulan Ramadan, kita tidak mahu berlakunya kes penangkapan kerana tidak puasa dan makan di tempat terbuka.

“Kalau kita tidak puasa sekalipun, makanlah di rumah jangan makan di tempat terbuka hormatilah bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Zon Halal Anjung Sari dan Medan Selera SEDC Daerah Lawas di Medan Selera Anjung Sari, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar  Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Katanya lagi, umat Islam akan melihat anak bulan pada Ahad ini di lokasi melihat anak bulan di Miri.

“Kita juga ingin me maklumkan bahawa insya-Allah kita akan melihat anak bulan pada 10 Mac ini dan saya dimaklumkan juga kemungkinan Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak yang baharu Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan mufti akan melihat anak bulan di Miri,” katanya lagi.

Dua lagi lokasi melihat anak bulan adalah di Bintulu dan Kuching.
 

  • oleh
  • Advertisement