Anda di sini

Tiga cedera dalam kemalangan jalan raya

Advertisement
 Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu.
ROSAK: Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu.

KOTA KINABALU: Tiga cedera dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Bongawan Membakut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.49 pagi mengenai kejadian itu.

"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, tiga mangsa cedera iaitu, dua perempuan dan seorang lelaki.

"Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi, operasi ditamatkan pada 5.40 pagi.

"Mangsa masing-masing berumur 23 tahun (lelaki), 48 tahun dan 21 tahun (perempuan)," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement