Anda di sini

Sayap Wanita SUPP Bawang Assan agih kek sempena Hari Wanita Antarabangsa

Advertisement
Wong (tujuh kiri), Lau (lapan kanan) serta yang lain semasa mengagihkan kek kepada golongan wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa di Sibu, hari ini.
Wong (tujuh kiri), Lau (lapan kanan) serta yang lain semasa mengagihkan kek kepada golongan wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa di Sibu, hari ini.

SIBU: Sempena Hari Wanita Antarabangsa, Sayap Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan telah mengagihkan kek di sekitar bandar ini, hari ini.

Turut serta ialah Ketua Pasukan Khidmat Pembangunan Masyarakat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau.

Ketua Sayap Wanita SUPP Cawangan Bawang Assan Katherine Wong turut mengucapkan Hari Wanita Antarabangsa kepada rakan-rakan wanita sambil menekankan kepentingan penglibatan wanita dalam sosial dan politik.

Menurutnya, sebanyak 500 kek kecil disediakan untuk program ini dan diagihkan kepada wanita sebagai tanda menyambut Hari Wanita Antarabangsa.

Beliau juga menekankan kesungguhan dan komitmen wanita terhadap keluarga dan menyatakan keupayaan wanita berperanan dalam masyarakat untuk bekerjasama dengan lelaki dan bersama-sama mempromosikan pembangunan masyarakat melalui kepimpinan bersama.

"Saya berharap lebih ramai wanita akan lahir dalam SUPP Sarawak.

"Pada masa sama, saya juga berharap rakan seperjuangan yang lebih tua dapat memimpin generasi muda sebagai rakan seperjuangan untuk bekerjasama dan bersatu, seterusnya memacu ekonomi untuk pembangunan masa depan negara," tambahnya.
 

  • oleh
  • Advertisement