Anda di sini

Pustaka Sibu tawar program percuma kelas literasi dewasa

Advertisement
Program Literasi Orang Dewasa Kelas Belajar Membaca dan Menulis di Pustaka Sibu secara percuma.
Program Literasi Orang Dewasa Kelas Belajar Membaca dan Menulis di Pustaka Sibu secara percuma.

Sibu: Pustaka Negeri Sarawak, Sibu (Pustaka Sibu) mempelawa penduduk di sekitar Sibu yang tidak pandai membaca dan menulis untuk menyertai Program Literasi Orang Dewasa Kelas Belajar Membaca dan Menulis di Pustaka Sibu secara percuma.

Program ini merupakan perkhidmatan baharu Pustaka Negeri Sarawak yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi golongan dewasa di Sarawak yang berumur 13 tahun ke atas yang tidak boleh membaca dan menulis. 

Di samping itu, program ini turut menyokong matlamat keempat dalam Matlamat Pembangunan Mampan iaitu Pendidikan Berkualiti.
 
Matlamat ini memberi pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR pada poster.

Tempoh akhir pendaftaran adalah awal April.

Sebarang persoalan atau keterangan lanjut mengenai program ini boleh diajukan kepada pegawai seranta Nurfarathul Aqma (084-315200 sambungan 225) dan Cassieafiefie (084-315200 sambungan 200).

Untuk mengikuti sebarang aktiviti dan capaian kepada informasi menarik Pustaka Negeri Sarawak, anda boleh melayari Facebook @pustaka.sibu, Youtube @Pustaka Sarawak, Instagram @pustakasbw, Twitter @pustakaswk, Telegram Pustaka Negeri Sarawak dan TikTok Pustaka Negeri Sarawak Sibu.
 

  • oleh
  • Advertisement