Anda di sini

Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu agih sumbangan kurma, jadual berbuka puasa kepada Hospital Bintulu

Advertisement
Pang (enam kiri) menyerahkan sumbangan kepada Dr Suzalinna.
Pang (enam kiri) menyerahkan sumbangan kepada Dr Suzalinna.

BINTULU: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu turut menyampaikan sumbangan beberapa kotak buah kurma dan jadual berbuka puasa kepada Hospital Bintulu di sini hari ini.

Sumbangan tersebut untuk kakitangan di hospital tersebut bagi persediaan menjalani ibadah puasa Ramadan tahun ini.

Sumbangan telah disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang kepada Pengarah Hospital Bintulu Dr Suzalinna Sulaiman. 

Pang berkata, tahun ini seperti juga tahun lepas kita mengagihkan sumbangan kurma dan jadual berbuka puasa kepada masyarakat Islam setempat menjelangnya puasa.

"Ini merupakan program tahunan pusat khidmat ini sebagai tanda menghormati kepelbagaian kaum dan perbezaan agama di bahagian ini sekali gus memberi makna bahawa kita turut mengambil berat tentang mereka," katanya ditemui semasa penyerahan sumbangan tersebut.

Sebelum ini sumbangan yang sama sebanyak 2,500 kotak dan peket kurma diserahkan kepada setiap komuniti khusus untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbeza di kawasan DUN Tanjong Batu.

  • oleh
  • Advertisement