Anda di sini

50 wanita hadiri program HRD Corp di MPI

Advertisement
Para peserta program 'Act! Voice Up, Women' merakamkan kenangan di MPI, hari ini.
Para peserta program 'Act! Voice Up, Women' merakamkan kenangan di MPI, hari ini.

SIBU: Kira-kira 50 wanita menghadiri program ‘Act! Voice Up, Women’ di Methodist Pilley Institute (MPI) di sini, hari ini.

Program sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 itu merupakan anjuran Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).

Pegawai Pembangunan Sumber Manusia HRD Corp Dominica Divina Lyilan berkata, program ini menekankan kepentingan kepelbagaian dan pemerkasaan wanita dalam semua aspek masyarakat.

“Pada masa sama, kita mahu merapatkan jurang jantina antara lelaki dan wanita, di mana kita mahu mendidik wanita bahawa kita juga mampu untuk berjaya seperti lelaki,” katanya.

Sementara itu, program dimulakan dengan ceramah yang bertajuk 'I Love Myself', disampaikan oleh Nurul Syakila Sharifdan, wakil daripada Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Program diteruskan dengan ceramah daripada Skuad Aman Wanita PDRM Sibu (AMANITA) bertajuk 'Peranan Wanita dalam Pengekangan Jenayah'.

Turut menyampaikan ceramah ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Irene Chang yang menyampaikan topik bertajuk 'Embracing Myself'.
 

  • oleh
  • Advertisement