Anda di sini

Rombongan KEMAS Negeri Sarawak lawat pejabat negeri Selangor

Advertisement
Anisah (tengah), Zalimah (dua kanan), Syua’ib (lima kiri) bersama kakitangan Pejabat KEMAS Sarawak dan KEMAS Selangor semasa lawatan baru-baru ini.
Anisah (tengah), Zalimah (dua kanan), Syua’ib (lima kiri) bersama kakitangan Pejabat KEMAS Sarawak dan KEMAS Selangor semasa lawatan baru-baru ini.

KUCHING: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Pengurusan dan Pentadbiran ke Pejabat KEMAS Negeri Selangor baru-baru ini.

Lawatan tiga hari bermula Jumaat lalu yang julung kali diadakan melibatkan 42 kakitangan yang diketuai Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Anisah Saidin. 

Program ini diadakan dengan Kerjasama Kelab Rekreasi, Kebudayaan dan Sukan Anggota Pejabat KEMAS Negeri Sarawak (KRISMA). 

Antara lain objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan berkongsi ilmu pengetahuan dengan melihat sendiri operasi harian untuk diaplikasikan dalam bidang tugas masing-masing. 

Lawatan ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan.

Semasa lawatan tersebut para peserta berkunjung ke Bengkel Jahitan dan Pusat Keterampilan Diri, Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Klang Selangor. 

Kehadiran rombongan telah disambut Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan Komuniti (PKOM) dan Pendidikan Kemahiran (PKEM) Zalimah Kamarudin, Penolong Pengarah Unit Kewangan dan Pembangunan Muhd Nurizman Abdullah serta Penolong Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran Syua’ib Ahmad.

Peserta turut berkesempatan melawat ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, Menara Berkembar Petronas dan Bangunan Tun Razak Exchange (TRX).
 

Advertisement