Anda di sini

Jasa, pengorbanan pesara polis ketika era darurat dan insurgensi komunis dihargai

Advertisement
Sekitar suasana Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Siri 2/ 2024 di Dewan Pahlawan Briged Sarawak, PGA Batu Kawa, hari ini. – Gambar Penerangan
Sekitar suasana Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Siri 2/ 2024 di Dewan Pahlawan Briged Sarawak, PGA Batu Kawa, hari ini. – Gambar Penerangan

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata semalam menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Peringkat Kontinjen Sarawak Siri 1 dan 2 Tahun 2024 di Dewan Pahlawan Briged Sarawak, PGA Batu Kawa di sini.

Menurut satu kenyataan, Mancha pada sidang media selepas majlis penganugerahan tersebut berkata seramai 218 orang penerima telah menerima pingat pada istiadat Siri 1/2024 yang diadakan hari ini.

Manakala pada istiadat Siri 2/2024 katanya, melibatkan 156 orang pesara Polis Kontijen Sarawak.

Ini katanya, menjadikan jumlah keseluruhan penerima pingat yang terlibat pada Siri 1 dan Siri 2 kali ini adalah seramai 374 orang.

PJPN merupakan penghargaan khas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara ketika era darurat serta insurgensi komunis antara tahun 1948 hingga 1990.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus.
 

Advertisement