Anda di sini

Christina ketuai rombongan STB ke ITB Berlin 2024

Advertisement
 Christina (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Adina (dua kiri), Lai (kiri), Joniston (tiga kanan), Pan (dua kanan) dan Julinus (kanan).
ALBUM: Christina (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Adina (dua kiri), Lai (kiri), Joniston (tiga kanan), Pan (dua kanan) dan Julinus (kanan).

BERLIN: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mengadakan Majlis Makan Malam untuk Kedutaan Malaysia di Jerman, Datin Paduka Dr Adina Kamarudin dan Pejabat Pelancongan Malaysia di Frankfurt sebagai permulaan hadir ke program ITB Berlin 2024, di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Pejabat Pelancongan Malaysia di Frankfurt Robinder Kaur dan Timbalan Pengarah Aswad Aziz.
 
Christina mengetuai delegasi dari Lembaga Pelancongan Sabah (STB) untuk hadir ke ITB Berlin 2024, iaitu pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia yang akan bermula pada 5 Mac sehingga 7 Mac ini di tapak pameran Berlin.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai, Setiausaha Tetap Kementerian Josie Lai Mei Sing, Pengerusi Sri Pelancongan Sabah Ken Pan Ying On, Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffery Jimit serta para pegawai yang lain.
 

  • oleh
  • Advertisement