Anda di sini

Dua maut, lima parah kereta bertembung lori

Advertisement
 Kedua-dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
MAUT: Kedua-dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

SANDAKAN: Dua maut, manakala lima lagi parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Batu 25 Jalan Sandakan, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa terbabit disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.53 tengah hari.

“Seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta yang bertembung dengan lori 10 tan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, seorang mangsa lelaki berusia 35 tahun dan wanita warga asing disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Lima lagi individu dilaporkan mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke Hospital menggunakan kenderaan ambulan.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memindahkan mayat berkenaan ke dalam kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Severinus berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.18 petang.

  • oleh
  • Advertisement