Anda di sini

Penganjuran bersama majlis berkhatan bermanfaat kepada masyarakat

Advertisement
 Pengerusi PMBS Tanjung Aru, Pg Alliyuddin (tiga kanan) menyampaikan bantuan kepada Ekah.
SERAH: Pengerusi PMBS Tanjung Aru, Pg Alliyuddin (tiga kanan) menyampaikan bantuan kepada Ekah.

KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Tanjung Aru berkerjasama dengan Pejabat Parlimen Putatan bagi menjayakan majlis berkhatan beramai ramai anak-anak Kampung Tanjung Aru.

Majlis itu turut mendapat kerjasama dari Surau Al-Amin Kg Tanjung Aru Baru.

Seramai 30 kanak-kanak telah dikhatankan pada majlis itu. Program itu dirasmikan wakil Menteri Kerja Raya, Suffian Imam Matin. 

Suffian yang juga Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmy Yahya dalam ucapannya berterima kasih jepada pihak penganjur majlis itu.

Katanya, program seumpamanya mampu meringankan beban ibu bapa dari segi kos berkhatan.

Dalam majlis  itu, PMBS Tanjung Aru turut menyampaikan bantuan berupa wang tunai kepada Pengerusi Surau Al-Amin Ekah Jalani dan Penasihat Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru (MAKTA).
 

Advertisement