Anda di sini

34 penggiat seni hadiri jerayawara taklimat penapisan lagu 

Advertisement
Para peserta Taklimat Jerayawara PPLTE di RTM Sibu merakam kenangan bersama Marril (duduk tengah).
Para peserta Taklimat Jerayawara PPLTE di RTM Sibu merakam kenangan bersama Marril (duduk tengah).

KUCHING: Seramai 34 penggiat seni tempatan dari sekitar Sibu menghadiri Jerayawara Taklimat Penapisan Lagu-Lagu Tempatan dan Etnik (PPLTE) baru-baru ini.

Jerayawara yang diadakan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sibu itu diisi dengan pelbagai program antaranya taklimat mengenai PPLTE, tatacara penghantaran lagu penilaian ke RTM, senarai dokumen dan borang penghantaran lagu serta royalti, hak cipta dan pelesenan oleh  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia.

Majlis penutupan jerayawara telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Radio Marrill Chunggat.

Difahamkam jerayawara sama akan diadakan di RTM Miri dan RTM Limbang.

Advertisement