Anda di sini

Gagasan Rakyat Bingkor nyatakan sokongan terhadap kepimpinan Robert

Advertisement
 Jasri (kanan) bersalaman dengan Robert (kiri) semasa kunjungan itu di pejabat ADUN, baru-baru ini.
ALBUM: Jasri (kanan) bersalaman dengan Robert (kiri) semasa kunjungan itu di pejabat ADUN, baru-baru ini.


KENINGAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Bingkor menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik.


Sokongan itu dizahirkan  Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bingkor Datuk Jasri@Nasip Mat Jakir ketika mengadakan kunjungan terhadap Robert di Pejabat ADUN Bingkor.


Kunjungan itu turut disertai Timbalan Ketua Bahagiannya Rafie Robert bersama Setiausaha Bahagian Zainuddin Edward Ebit dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa (AJK) yang lain.


Jasri berkata, Gagasan Rakyat Bingkor akan menjalin kerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) termasuk parti-parti dalam komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) khususnya di Bingkor dalam memastikan kemenangan calon GRS dalam pilihan raya akan datang.


Justeru beliau mengajak ahli-ahli Gagasan Rakyat dan masyarakat terutama di Bingkor untuk terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada wakil rakyat Bingkor (Robert).


Dalam pada itu, Robert yang juga Ketua Bahagian STAR Bingkor ketika ditemui menyatakan penghargaan kepada Jasri atas sokongan yang diberikannya semasa pertemuan itu yang beliau sifatkan amat bermakna kerana mencerminkan semangat kerjasama utuh dalam kalangan parti komponen gabungan.

  • oleh
  • Advertisement