Anda di sini

Murid SK Sri Aman sertai program Kempen Hentikan Buli, Gangguan Seksual 

Advertisement
Zaifa menyampaikan ceramah Hentikan Buli dan Gangguan Seksual pada program itu semalam.
Zaifa menyampaikan ceramah Hentikan Buli dan Gangguan Seksual pada program itu semalam.

SRI AMAN: Seramai 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman menyertai program Kempen Hentikan Buli dan Gangguan Seksual di Dewan Inspirasi Lestari di sini, semalam.

Kempen itu adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang perbuatan membuli dan gangguan seksual adalah satu jenayah.

Selain itu, murid turut diberi pendedahan cara mengelak daripada dibuli serta gangguan seksual serta mengambil langkah berjaga-jaga terlibat kedua-dua kes jenayah tersebut.

Dalam pada itu, Pegawai Pendidikan Kesihatan Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman Zaifa Johari menyampaikan ceramah Kempen Hentikan Buli dan Gangguan Seksual.

Advertisement