Anda di sini

Lelaki hidup merempat berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri 

Advertisement
ALIAS
ALIAS

SIBU: Seorang lelaki berusia 46 tahun terpaksa hidup merempat berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri termasuk sijil lahir dan kad pengenalan.

Lebih menyedihkan lelaki itu hidup sebatang kara dengan bergantung harap bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Alias Rawi dari Bintulu yang tiba di Sibu tiga hari lalu, kini tidur di kaki lima dan bekerja sementara di sebuah gerai makan di Jalan Awang Ramli Amit di sini.

Alias berkata, dia merantau ke Sibu kerana ingin meluahkan penderitaannya kepada Utusan Borneo dengan harapan ada pihak berwajib tampil membantnya mendapatkan kad pengenalan.

Menurutnya, dia hanya dapat menamatkan pendidikan sehingga sekolah rendah kerana tidak mempunyai sijil lahir dan kad pengenalan.

Dia juga sukar mendapat pekerjaan tetap kerana tiada majikan sanggup mengambilnya bekerja.

Alias pernah cuba membuat kad pengenalan tetapi usaha itu sia-sia kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta dia mendapatkan beberapa maklumat pengesahan di luar kemampuannya.

Selain itu, dia yang mempunyai penyakit gastrik kronik juga tidak dapat ke hospital kerajaan kerana masalah ketiadaan kad pengenalan.

Sementara itu, Alias mendakwa dirinya berasal dari Sarikei dan mempunyai 12 adik beradik.

Di Bintulu, Alias memberitahu dia menumpang berteduh di Yayasan Kebajikan Negara Bahagian Bintulu.

Disebabkan masalah keluarga dihadapi sejak kecil, dia dan adik beradiknya tidak mempunyai sijil lahir dan kad pengenalan. 

Malah, masalah keluarga juga menyebabkan dia terpisah dengan adik beradiknya.

Dia kini berusaha mencari ahli-ahli keluarganya yang lain.
 

  • oleh
  • Advertisement