Anda di sini

5,000 dijangka hadiri 'Koplo Pentas Borneo 2024' pada 17 Februari 

Advertisement
(Dari kiri) Affy, Casner, Mohd Shahren dan Iswandi. - Gambar Chimon Upon
(Dari kiri) Affy, Casner, Mohd Shahren dan Iswandi. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kira-kira 5,000 orang dijangka menghadiri 'Koplo Pentas Borneo 2024' pada 17 Februari depan.

Konsert yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dari jam 8 malam hingga 11 malam itu akan menampilkan dua genre muzik iaitu 'koplo' dan 'galau'.

"Kami memutuskan untuk menggunakan genre 'koplo' sebagai perubahan. Kami telah membawa masuk artis dari Sabah dan Semenanjung Malaysia sebelum ini.

"Setakat ini, ramai yang meminta untuk mengadakan konsert bergenre 'koplo'," kata Pengurus Projek Pentas Borneo Mohd Shahren Shuib pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pemasaran Pentas Borneo Casner, Pengarah Pentas Borneo Iswandi Mahmud dan Pengurus Pemasarannya Affy Johary. 

Mohd Shahren berkata, beberapa penghibur di bawah Nagaswara Music Media and Publishing Jakarta akan ditampilkan pada konsert itu nanti. 

Penyanyi Indonesia Siti Badriah yang terkenal dengan lagu hits seperti 'Lagi Syantik' dan 'Lagi Tampan' akan menjadi tajuk utama bahagian 'koplo' konsert itu. 

Manakala, band Indonesia Keris Patih dan Luvia Band akan menghiburkan peminat untuk konsert bahagian 'galau.' 

"Mereka masing-masing akan mempersembahkan kira-kira lapan lagu setiap set. Kami bercadang untuk membawa Luvia Band dari Indonesia sama ada pada 13 atau 14 Januari bagi jerayawara dan pertemuan-pertemuan kami. Kami akan mengumumkan lokasi jerayawara itu nanti," kata Mohd Shahren.

Walaupun tiket boleh dibeli secara dalam talian, penjualan tiket fizikal juga akan diutamakan, tambahnya.

"Kami akan mula menjual tiket fizikal pada 13 Januari pada jerayawara kami. Harga tiket bermula pada RM88, bergantung pada setiap zon.

"Terdapat empat zon tersedia; Zon Koplo (RM120), Zon Emas (RM99), Zon Perak (RM88) dan Zon VIP (RM170). Sebaik sahaja zon dipenuhi, kami akan menutup jualan untuknya dan beralih ke zon seterusnya," jelasnya. 

Untuk rekod, syarikat Sarawak iaitu Pentas Borneo bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Cats FM, Tealive East Malaysia dan Plaza Merdeka Mall untuk konsert itu. 

"Kami sedang berbincang untuk membawa masuk seorang lagi artis Indonesia, Vita Alvia untuk menjadi pembuka tirai kami.

"Ada yang bimbang kami mungkin menukar lokasi konsert kami ke jalan raya, tetapi kami sudah menandatangani perjanjian dengan pengurusan BCCK. Lokasi konsert telah dimuktamadkan," tambahnya. 

Tiket konsert boleh dibeli secara dalam talian melalui www.ticket2u.com.my manakala tiket fizikal boleh dibeli pada jerayawara Pentas Borneo yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 016-6797885. 
 

Advertisement