Anda di sini

Bayi berusia tiga bulan antara empat cedera dalam kemalangan berantai

Advertisement
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berantai di Kilometer 61 Jalan Sibu-Bintulu tengah hari Sabtu.
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berantai di Kilometer 61 Jalan Sibu-Bintulu tengah hari Sabtu.

TATAU: Bayi lelaki berusia tiga bulan antara empat yang mengalami kecederaan dalam kemalangan berantai yang melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan tiga kereta di Kilometer 61 Jalan Sibu-Bintulu tengah hari Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tatau Jankey Jikat dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, tiga lagi mangsa yang merupakan dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan umur 24 hingga 38 tahun dilaporkan turut mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 12.50 tengah hari," jelasnya.

Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan berantai yang melibatkan empat kenderaan.

Lima lagi penumpang yang terlibat dalam kemalangan terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, ujarnya.

Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Tatau bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
 

  • oleh
  • Advertisement