Anda di sini

Hampir tujuh tahun menyepi, Mingan Adam lancar single pertama 'Jelan Jelan Iya' esok

Advertisement
MINGAN ADAM
MINGAN ADAM

MINGAN Adam akan melancarkan lagu single pertamanya berjudul 'Jelan Jelan Iya' melalui platform Youtube di saluran Projam Tv pada esok, jam 7 malam.

Penyanyi Iban yang tidak kurang hebatnya berasal dari Julau ini berkata, dia kini bersama dengan Projam Studio setelah menyepi sekian lama dalam industri muzik Iban.

"Ya...sudah lama saya tidak mengeluarkan apa-apa lagu namun masih diundang untuk mengadakan persembahan. Kali terakhir saya mengeluarkan album adalah pada tahun 2016 iaitu album berjudul 'Diantara Titi Rawan'. Sebelum itu, album pertama saya ialah 'Terima Kasih Sulu' di bawah LUH Music Production Sdn Bhd.

"Sekarang ramai penyanyi tidak menfokuskan pembikinan album kerana lebih gemar menfokuskan lagu single sahaja. Ini disebabkan berlakunya perubahan baharu dalam industri muzik Iban kini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menyentuh mengenai lagu single yang bakal dilancarkan itu, Mingan berkata, lagu tersebut berkonsepkan rentak dangdut yang ditulisnya bersama Ajis The Crew manakala penyusunan muziknya dikarya sepenuhnya oleh Ajis The Crew.

MINGAN ADAM

Menurutnya, video klip lagu single itu berdurasi selama 4.40 minit dan penggambarannya di sekitar kawasan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Sibu.

"Saya berharap para peminat lagu Iban dapat menanti lagu single saya yang pertama dilancarkan melalui platform Youtube pada masa dan tarikh tersebut. Sudah pasti lagu ini sesuai untuk didengar oleh semua lapisan masyarakat," jelasnya.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharunya selepas sekian lama menyepi, beliau berkata akan terus fokus kepada pengeluaran lagu single.

Ujarnya, pengeluaran lagu single menerusi platform di media sosial seperti Youtube dan sebagainya boleh juga menjana pendapatan kepada artis-artis.

"Saya akan keluarkan lagu-lagu single saya dalam berperingkat-peringkat pada masa akan datang jika ada rezeki. Itulah cadangan dan perancangan saya akan datang," tambahnya lagi.

MINGAN ADAM
MINGAN ADAM
  • oleh
  • Advertisement