Anda di sini

Kos sara hidup di Sabah meningkat 30 peratus, ekoran penghapusan subsidi

Advertisement
DAVID
DAVID


KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan (gambar) berkata selepas sebulan kerajaan Perpaduan menghapuskan subsidi ayam dan telur, kos sara hidup di Sabah semakin naik 30 peratus.


Tambahnya, Sabah sentiasa terpinggir kerana sifat geologi, dan tidak pernah dapat semua faedah yang diperoleh dan ada yang rugi.


David berkata walaupun Sabah kaya dengan pelbagai budaya dan keharmonian berbilang kaum namun wilayah itu amat ketinggalan dalam industri, pengangkutan, komunikasi dan logistik.


Walau bagaimanapun, persatuan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sentiasa menjawab suara rakyat untuk mempertimbangkan semula dengan memberikan subsidi ayam untuk membantu golongan B40 menangani kos sara hidup yang tinggi.


"Saya percaya kerajaan negeri kita sedang berusaha untuk menangani kos sara hidup yang tinggi untuk meningkatkan pengeluaran makanan ruji," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


David turut menyaran Kerajaan Sabah supaya mengambil semula SESB sebagai pengawal selia kerana Sabah mempunyai autonomi untuk memutuskan kos tarif SESB demi kepentingan pengguna Sabah dan untuk menghapuskan penjanaan kuasa yang mencukupi.


"Kerajaan Sabah harus melaksanakan kuasa solar yang mencukupi dan Bess untuk jangka masa panjang dan pendek untuk meningkatkan bekalan kuasa yang mencukupi," katanya.

  • oleh
  • Advertisement