Anda di sini

KDM tangguh keputusan kerjasama gabungan politik untuk hadapi PRN

Advertisement
OSWALD
OSWALD

KOTA KINABALU: Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menangguhkan keputusan berkaitan kerjasama gabungan parti politik bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang berkemungkinan akan diadakan lebih awal.

Ketua Penerangan KDM Dr. Oswald Aisat Igau berkata, parti itu menerima banyak tawaran daripada parti lain dan perkara ini perlu diteliti secara mendalam. 

"Perkara ini akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi KDM dan akan dimaklumkan kelak," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Oswald berkata KDM kini berada di blok kerajaan perpaduan di peringkat kerajaan persekutuan. 

Katanya pendirian parti adalah selari dengan semangat kerajaan perpaduan atau kerajaan Madani. 

"Di peringkat Wilayah Sabah pula, kita telah menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan sejajar saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata sehingga kini, KDM masih berada di luar kabinet negeri Sabah.

  • oleh
  • Advertisement