Anda di sini

25 pelajar Politeknik Mukah sertai program RBS 3.O

Advertisement
Antara pelajar mengambil bahagian dalam salah satu aktiviti yang diadakan pada program tersebut.
Antara pelajar mengambil bahagian dalam salah satu aktiviti yang diadakan pada program tersebut.

MUKAH: Seramai 25 pelajar Politeknik Mukah (PMU) mengikuti program Re-Branding Star 3.0 (RBS 3.0) di Dewan Kuliah Utama PMU di sini, baru-baru ini.

Porgram itu merupakan anjuran bersama penyelaras bimbingan dan kaunseling Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda PMU.

Program itu bertujuan membantu para pelajar meningkatkan motivasi diri di samping memberi kesedaran terhadap tanggungjawab mereka sebagai pelajar. 

Dua penceramah dijemput khas bagi memastikan objektif dan misi program tersebut tercapai sepenuhnya. 

Penceramah pertama ialah Pegawai Psikologi PMU Nurul Hidaya Hamli yang mempunyai pengalaman luas psikologi pelajar. 

Manakala penceramah kedua ialah Penasihat Sekretariat Rakan Muda (SRM) PMU dan mempunyai pengalaman luas dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti melibatkan motivasi pelajar. 

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua JTMK PMU Aisyah Suhailla Jili.
 

  • oleh
  • Advertisement